Banyak betul kes pencurian berlaku sejak akhir-akhir ini. Bulan lalu seorang rakan aku baru kehilangan 135 LC barunya. Beberapa hari selepas itu terdengar pula di kolej sebelah satu set komputer hilang akibat di rembat dengan sungguh professional. Siap dengan extension sekali mereka kebas. Sapu habis. Sekolah mencuri manalah agaknya mereka pergi ya. Atau pun mungkin mereka memegang degree pencurian pantas tahap satu dari university pencurian. Kehilangan handphone paling hangat sekali dalam carta. Member tinggal sekejap sahaja di atas katil sebab mahu pergi buang air..balik-balik dah lesap. Macam biskut pula, sekejap ada sekejap tiada. Cuma bezanya, yang ini lesap teros tiada kesan.
Kebetulan pula ramadhan sudah mahu menjelma, aku rasa mereka ini mencuri secara besar-besaran sebagai bekalan untuk sebulan. Maklumlah, jarang org buat jahat time bulan puasa ni..kalau nak buat jahat pun mesti terfikir pasal bulan puasa. Jadi, untuk mengelakkan mereka rasa serba salah mahu mencuri nanti , mereka pun mencuri sekarang ini banyak2.
Pencuri-pencuri professional ini mencuri dengan begitu bijak. Bukan bidang terjun punya pencuri. Mereka ini aku rasa pasti sudah berlatih mencuri sejak kecil lagi. Kalau tidak masakan mereka mampu mencuri dengan sangat pantas tanpa sesiapa pun menyedarinya. Masa dan keadaan sekeliling memang di titikberatkan oleh pencuri2 ini. Masa feberet mereka sejak akhir2 ini ialah di kala syaitan sedang mendodoikan manusia dari bangun tidur mengerjakan solat subuh. Bagus juga mereka ini, bangun awal, sebelum subuh pula tu, yg tidak baiknya mereka bangun untuk mencuri sahaja. Mungkin juga mereka mahu praktis bangun awal untuk makan sahur di bulan ramadhan nanti.
Mahu menangani masalah ini? Aku rasa kita boleh mencegah pencurian2 ini kalau beberapa perkara kita ambil kira dan titikberatkan. Memanglah orang cakap, kalau kunci pintu dengan manga cap gajah sekalipun, kalu pencuri nak masuk dia masuk jugak. Tapi sekurangnyer kita boleh cuba dahulu taktik2 mencegah pencurian ini.
1. Ada sesetengah pencuri, dia akan check line dahulu sebelum melakukan pencurian di masa lain. Ada juga yang datang menyamar kononnyer org opis nak wat survey..padahal nk check line..Kadang2 akan ada orang yang kita tidak kenal datang ke bilik kita dan bertanya, "
Eh..ini bilik Seman ke? Dia ada tak?" Kalau mereka tanya begini kamu jgn pula jawab,
"Eh..Seman takde sini..Salah bilik kot" Sebaliknya kamu jawab,
"Ha aku la Seman..Ada hal apa?" Mesti orang itu malu tahap gaban dan terkulat-kulat sebab tak sangka seman memang ada..haha.
2. Time pergi solat jumaat, kebanyakan kita akan bawa barang2 berharga.. tapi takkan nak bawak set komputer ke masjid dek takut kena curi. Jadi, ini merupakan peluang pencuri2 untuk mencuri barang2 kamu. Apa yg boleh kamu lakukan, semasa mahu meninggalkan bilik, pasang lagu atau movie kuat2..kasik ada bunyi sket.. biar pencuri itu ingat kamu ni kapir ke hape tak pergi solat jumaat. Pasti dia teragak-agak untuk rompak bilik kamu.
3. Jika kamu terlihat pencurian berlaku di depan mata kamu, jangan pula kamu terus sergah pencuri itu
"HOII PENCURIK!!" Sebaliknya, ikut dahulu dari belakang secara perlahan. Apabila sudah dekat, terajang dahulu flying kick biar tersungkur makan jalan. Selepas itu baru menjerit panggil rakan-rakan kamu yang lain..belasah dahulu sampai puas hati. Mana2 yg baru datang dan masih tidak berpeluang untuk terajang atau penumbuk, beri peluang kepada mereka dahulu. Jangan makan seorang. Bukan senang nak belasah orang tanpa rasa bersalah ni..hahaha.
4. Semasa bangun untuk solat subuh, jangan lupa kunci pintu bilik kamu walaupun untuk pergi ambil wuduk ke nak berak kejap ke. Jangan kamu ingat dalam waktu yg sekejap itu pencuri tidak mampu buat apa-apa. Sekejap sahaja barang2 kamu lesap nanti. Kalau kamu malas, kamu suruh rumet kamu tidur di depan pintu. Jadi pakgad sementara. tapi karang kamu masuk ke bilik nanti jangan pula kamu pijak perut rakan kamu itu.
5. Motor kamu juga perlu di beri perhatian. Bukan senang mahu menjaga motor. Kalau di manga dan di rantai sekalipun kadang2 hilang juga. Kalau tak dapat di curi dengan biasa, mereka akan angkut naik lori. Takkan kita nak bawak motor naik ke bilik kita di tingkat tiga setiap kali mahu masuk tidur. Aneh sekali perbuatan itu. Jadi, apa yang boleh kita buat adalah sesekali kita boleh camping di tempat parking motor. Kalau nak buat unggun api pun boleh juga. Esok suruh rakan2 yang lain pula camping di situ. Mesti pencuri2 akan ingat tempat kamu itu adalah tempat perkemahan. :D
p/s:--Kadang2 barang kita hilang..dan kita ingat barang tersebut kena curik. Mulalah kita bengang tahap cipan..maki hamun tak puas hati..Last2 rupanyer kita tersalah letak dan terlupa..Tak terasakah maki hamun tadi terkena dekat kamu balik? ahahaha